PENCEMARAN SAMPAH SARAP

Pertumbuhan ekonomi di
Asia telah meningkatkan taraf kehidupan penduduknya. Peningkatan pendapatan di negara-negara ini ditunjukkan dengan pertumbuhan kegiatan produksi dan konsumsi. Pertumbuhan ini juga membawa pada penggunaan sumber semula jadi yang lebih besar dan pengeksploitasian persekitaran untuk keperluan  industri, bisnis dan aktiviti sosial.

           

Di bandar-bandar negara dunia ketiga, pengurusan sampah sering mengalami masalah. Pembuangan sampah yang tidak diurus  dengan baik, akan mengakibatkan masalah besar. Kerana penumpukan sampah atau membuangnya sembarangan ke kawasan terbuka akan mengakibatkan pencemaran tanah yang juga akan berdampak ke saluran air tanah. Demikian juga pembakaran sampah akan mengakibatkan pencemaran udara. Atau pembuangan sampah ke sungai akan mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan banjir (Sicular 1989). Selain itu, Eksploitasi persekitaran adalah menjadi isu yang berkaitan dengan pengurusan terutama persekitaran
kota. Masalah sampah sudah saatnya dilihat dari konteks perbandaran. Kesukaran untuk mencari lokasi landfill sampah dan perhatian terhadap persekitaran dan kesihatan telah menjadi isu utama pengurusan bandar dan sudah saatnya dilakukan pengurangan jumlah sampah dan air sisa dan peningkatan kegiatan kitar semula.

 

Oleh sebab itu di banyak bandar-bandar besar, incineration atau pembakaran menjadi alternatif dalam pembuangan sampah. Sementara itu, permasalahan yang dihadapi untuk proses ini adalah kos pembakaran lebih mahal dibandingkan dengan sistem pembuangan akhir (sanitary landfill). Apabila sampah ini digunakan untuk pertanian dalam jumlah yang besar, maka akan menimbulkan masalah kerana ianya mengandung logam berat (Ross 1994).

 

Sampah boleh dikategorikan kepada dua, iaitu sampah domestik dan sampah bukan domestik (
Ridwan Lubis 1994). Sampah domestik adalah bahan-bahan buangan yang dibuang dari rumah atau dapur. Contohnya ialah pakaian lama atau buruk, botol, kaca, kertas, beg plastik, tin aluminium dan juga sisa makanan. Sampah bukan domestik pula ialah bahan-bahan buangan yang terhasil dari industri, tapak pembinaan, pekedai atau pasar dan pejabat. Bahan-bahan buangan ini terdiri daripada berbagai jenis termasuklah sisa jualan, sisa pembungkusan dan sisa daripada proses pengilangan.
 

2. 
DEFINISI SAMPAH SARAP
 

Sampah sarap ialah semua bahan yang terutama dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti industri, pertanian dan pertambangan dan lainnya yang dianggap tidak berguna (Tchobanoglous 1993). Selain itu, Barret (1998) mengatakan sampah adalah buangan berasal dari suatu proses produksi, yang memerlukan suatu pengurusan kerana pengurusan adalah alat penting untuk memastikan sistim dapat bekerja dengan baik.

 

            Dodds (1997) mengatakan sampah berasal dari aktiviti manusia. Pertumbuhan ekonomi memberikan kesan lebih banyaknya penggunaan sumber asli. Terdapat hubungan antara pertumbuhan ekonomi dan pencemaran alam sekitar. Kesan terhadap alam sekitar akibat aktiviti manusia bergantung pada kuantiti dan kualiti dari bahan-bahan yang diambil dari alam sekitar dan dikembalikan sebagai sampah.

 

Menurut kajian Suguna (1986), sampah sarap merupakan bahan pepejal yang terhasil dari aktiviti manusia dan ianya dianggap tidak berguna dan boleh dibuang. Sampah sarap juga ditakrifkan sebagai bahan yang dilupuskan kerana ia tidak dapat  digunakan ataupun yang tidak diperlukan lagi oleh manusia ataupun tidak mempunyai nilai dari segi ekonomi, yang terhasil dari aktiviti-aktiviti harian manusia (Chamhuri 2000). Selain itu, menurut kajian Plintoff (1976), sampah sarap merupakan bahan-bahan pepejal yang dihasilkan oleh industri, pertanian, perlombongan, perniagaan dan dari domestik.

 

            Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 pula, sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan samaada dalam bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Laws of Malaysia 1998). Selain itu, pengurusan sampah sarap boleh didefinisikan sebagai suatu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kawalan penjanaan, penyimpanan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pemprosesan dan pelupusan sampah di tapak pelupusan sampah dengan suatu kaedah yang sesuai dengan asas kesihatan orang ramai, ekonomi, kejuruteraan, pemuliharaan, astetik dan pertimbangan kepada alam sekitar.

 

Menurut kajian yang dilakukan oleh Cooper (1981), pengurusan sampah sarap merupakan suatu istilah yang mesti diterapkan kepada sistim yang dirancang dan ditadbir berhubungan dengan tempat penyimpanan sementara, pemungutan, pengangkutan, pemulihan dan pelupusan akhir terhadap dasar yang diuruskan bagi semua bahan pepejal yang tidak dikehendaki muncul daripada sumber-sumber domestik, komersil, industri dan klinikal.

 

3. 
PEMBAHAGIAN SAMPAH SARAP
 

Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap. Secara umum sampah masyarakat terkait dengan gunatanah suatu kawasan. Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993). 

Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:

 

a.     
Sampah Domestik

Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik, inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca, tin logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, sampah tanaman dan perabot.

 

 

b.     
Sampah Klinikal

Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan tajam yang tidak terpakai.

 

c.      
Sampah Industri

Punca sampah dari jenis ini ialah kilang-kilang, terutamanya dari komponen industri yang berasaskan kayu untuk dijadikan komponen kayu papan dan kayu balak. Biasanya sampah jenis ini terdapat pada kawasan perindustrian. Bahan buangan pepejal industri terdiri daripada logam, kayu, benang, kain, buangan makanan, buangan minyak dari sisa panapisan.

 

d.     
Sampah Komersial

Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran, kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai penghasil sampah terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.

 

e. 
Sampah Pembinaan dan Perobohan

Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan.

 

f.       
Sampah Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan tumbuh-tumbuhan.

 

4.    CARA-CARA MENGATASI
MASALAH SAMPAH SARAP
 

4.1  
Penggunaan Kembali dan
Kitar Semula
 

Bagi kebanyakan masyarakat moden pada hari ini, pengurusan sisa pepejal sudah berada di tahap termaju dengan beberapa kaedah seperti kitar semula dan penghasilan bahan berguna (biofertilizer). Pengitaran semula sampah sarap itu sendiri boleh didefinisikan sebagai penebusgunaan (reclamation) bahan dan pemakaian semula yang meliputi perbaikan, pembuatan semula, penukaran bahan, komponen dan hasil (Kaseva & Gupta 1996). Sementara itu menurut Waite (1995), kitar semula ialah sebagai penjanaan semula bahan untuk kegunaan semula jadi atau lain-lain.

           

Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan iaitu:

  1. Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.
  2. Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.
  3. Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.

 

Malaysia mempunyai kira-kira 230 buah perkhidmatan landfill yang dianggarkan sudah mencapai tahap 80% penggunaan dan situasi ini dianggap sebagai agak kritikal dan sebahagian besar sudah tidak mampu menerima sejumlah sisa, oleh sebab itu melalui Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerajaan cuba mengatasi masalah yang membelenggu pihak pengurusan dengan mengadakan program kitar semula (Mohamad 2001). Program ini telah di perkenalkan pada tahun 1993 dan tanpa sebab yang jelas, program ini dilaksanakan semula pada bulan Disember 2000. Berdasarkan komposisi sampah sarap yang terhasil di bandaraya
Kuala Lumpur, bahan-bahan boleh kitar semula dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu:

  1. Boleh kitar semula dalam keadaan kering seperti kertas, papan kad, kaca, plastik, logam dan tekstil.
  2. Bahan organik seperti bahan buangan dapur, makanan dan sampah sarap tanaman.
  3. Bahan-bahan pelbagai seperti perabut.

Program kitar semula ini mempunyai beberapa kebaikan. Kebaikan dari segi sosial ialah apabila pemulihan bahan daripada sampah sarap jika diurus dengan baik boleh menjana peluang kerja baru dan sampah sarap yang berasal dari sayur-sayuran atau bahan makanan yang dipulih daripada sampah sarap boleh diguna sebagai makanan ternak. Kebaikan dari ekologi ialah untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi seperti air, tumbuh-tumbuhan, mineral dan sebagainya. 

Selain itu, program kitar semula ini juga mempunyai kebaikan dari segi ekonomi dan alam sekitar. Dari segi ekonomi ialah bahan-bahan hasil kitar semula memerlukan sedikit tenaga dalam loji pemprosesan dibandingkan dengan pembuatan daripada bahan mentah semula jadi yang menyebabkan penjimatan tenaga. Pemakaian semula hasil pengitaran semula boleh menurunkan kos pengimportan bahan-bahan bagi negara-negara sedang membangun. Bahan-bahan seperti logam, kertas, kaca, plastik dan getah jika dikitar semula boleh mengurangkan pengimportan dari negara lain. Kebaikan dari segi alam sekitar pula ialah apabila amalan pengitaran semula boleh mengurangkan kuantiti bahan buangan yang harus dilupus sehingga mengurangi tempat yang diperlukan untuk tapak pelupusan, selain itu pengitaran semula boleh menyuburkan tanah.

 

4.2    Pengkomposan 

Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah (Augenstein et al. 1976). 

Sistim pengkomposan telah banyak dilakukan di  banyak kawasan. Kaedah sistim kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar yang dihasilkan. Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistim kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah secara haram. Untuk mempromosikan sistim kompos, pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat. Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan  pihak swasta.  

4.3   Incinerator 

Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau sisa samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana dari aktiviti di hospital. Terdapat beberapa jenis incinerator (Departemen Kesehatan Indonesia 1995), iaitu:·        Jenis
Malaysia, merupakan incinerator yang terbuat daripada batu bata dan diletakkan mendatar dan lantainya terbuat dari dari bahan kongkrit. Lubang tempat masuk sampah terbuat daripada logam dan lubang keluar pula berukuran 24”
´ 12” yang juga terbuat dari logam. Lapisan untuk menahan sampah juga terbuat dari besi yang tebalnya 1” dan antara dua besi berjarak 4” yang terdiri dari 2 lapisan.·        Jenis Barrel and Trench Incinerator, iaitu incinerator berbentuk tong yang terbuat dari batu dan mempunyai ketebalan 6” hingga 12”. Dua besi diletakkan pada lapisan batu dengan ketinggian 6” dari dasar incinerator dan jarak antara 2 besi ialah 3” hingga 4”. Tempat pembakaran sampah terletak ditengah-tengah dan mempunyai penutup yang terbuat dari logam.·        Jenis Rock Pit Incinerator, iaitu incinerator yang berbentuk U dan terbuat dari batu karang. Incinerator ini mempunyai panjang 4.5 kaki, lebar 2 kaki dan dalam 18 kaki. Ketebalan incinerator jenis ini ialah 8” hingga 12” dan lantainya terbuat dari batu.·        Jenis Multiple self Incinerator, iaitu incinerator berbentuk segi empat dan terbuat dari batu dengan panjang 4 kaki, lebar 3 – 5 kaki dan tinggi 8 m – 12 kaki. Incinerator ini mempunyai lapisan-lapisan dengan ukuran 18 – 24 kaki. 

 

 

 

              Rajah 1 :
Rangka Sistim Pengurusan Sisa Pepejal

 

Pengurusan Sisa Pepejal Domestik

Masyarakat

Kerajaan

Industri

Kitar Semula

Pengurangan Sisa Pepejal

Pembangunan Persekitaran Berkekalan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Mohamad, 2001

 

 

5. 
PENGURUSAN SAMPAH SARAP
 

Field (1994) menyatakan terdapat 3 cara yang paling tepat dalam mengurangi limbah atau sampah. Pertama untuk mengurangi limbah atau sisa, konsumsi dikurangi. Kedua dengan menggunakan teknologi baru dan yang dapat mengurangi jumlah limbah per unit hasil produksi. Dan ketiga adalah dengan meningkatkan kitar semula. Field (1994) dan Barret (1998) juga mengusulkan terdapat cara lain untuk mengurangi masalah sampah iaitu dengan cara keseimbangan bahan, dimana semua bahan yang digunakan sebagai input dalam ekonomi sistem seharusnya dikembalikan ke alam walaupun dalam bentuk yang berbeza.  Terdapat beberapa strategi untuk mengurangi limbah dari suatu proses produksi, iaitu:

·        Mengurangi produksi barang

·        Mengurangi konsumsi

·        Menggunakan teknologi yang lebih efektif

·        Penggunaan sisa atau buangan sebagai sumber baru.

 

Pengurusan sampah merupakan gabungan dari kegiatan pengendalian jumlah sampah yang dihasilkan, pengumpulan, pemindahan, pengangkutan, pengolahan dan penimbunan sampah di tapak pelupusan sampah yang memenuhi prinsip kesihatan, ekonomi, teknik, konservasi dan pertimbangan pada persekitaran. Metod yang paling umum digunakan berkaitan dengan pembuangan akhir sampah ialah :

·        Penimbunan di kawasan tapak pelupusan sampah.·        Penimbunan didalam tanah.·        Menjadi makanan ternak.·        Pengurangan jumlah sampah.·        Pembakaran. 

Tidak semua metod di atas tepat untuk semua jenis sampah. Menimbun dalam tanah adalah sesuai untuk sampah makanan dan sampah daun, sedangkan untuk menjadi makanan ternak dan pengurangan adalah untuk sampah makanan.
Menurut Tchobanoglous (1993) kegiatan yang terkait dengan pengurusan sampah telah dikelompokkan menjadi 6, iaitu :

·        penjanaan sampah (waste generation).

·        pengumpulan, pemisahan dan kegiatan pengurusan di sumber sampah.

·        pengumpulan akhir.

·        pemisahan, pengurusan dan perubahan (transformation) sampah.

·        pemindahan dan pengangkutan.

·        pembuangan akhir (landfill).

 

Aktiviti pada tahap penjanaan sampah (waste generation) meliputi identifikasi sampah apakah masih mempunyai nilai atau langsung dibuang ke tapak pelupusan sampah. Tahap pemisahan meliputi kegiatan terkait dengan pengurusan sampah hingga ditempatkan di tempa penampungan sementara di sumber sampah. Proses transformasi digunakan untuk mengurangi jumlah dan berat sampah. Fungsi pemindahan dan pengangkutan melibatkan dua tahap, iaitu:

 

 

  • pemindahan sampah dari kendaraan kecil ke peralatan yang lebih besar.
  • Pengangkutan sampah yang biasanya berjarak jauh, ke tempat pegolahan atau landfill.

 

Fungsi yang paling penting dari sistem pengolahan sampah adalah pembuangan akhir. Sistem TPA yang moden, bukan hanya merupakan sebuah tempat penimbunan, tetapi lebih merupakan kemudahan yang canggih yang dapat menghindari gangguan terhadap kesihatan masyarakat seperti tempat bersarangnya serangga dan tikus, pengumpulan dan mengurangi pencemaran air tanah. 

 

Pengurusan  sampah yang terpadu dapat didefinisikan sebagai teknik yang tepat dalam seleksi dan aplikasi, teknologi, program pengurusan untuk mencapai tujuan dan hasil yang diinginkan. Pengurusan sampah yang diambil dari Environmental Protection Agency ialah meliputi berkurangnya sumber sampah, kitar semula, pembakaran dan penimbunan di tapak pelupusan sampah. Adapun pengurusan sampah terpadu terdiri daripada: ·        pengurangan sumber sampah (source reduction).·        kitar semula.·        perubahan sampah (waste transformation). 

Berkaitan dengan usaha meminimumkan sampah, pendekatan akan difokuskan pada usaha menghindari produksi sampah, mengurangi jumlah sampah, penggunaan kembali sampah, kitar semula dan sistem kompos. Menurut Ministry of Environment Australia (1996), terdapat beberapa cara untuk mengurangkan sampah iaitu dengan cara:·        menghindari sampah.·        pengurangan sampah.·        penggunaan kembali.·        kitar semula.·        pemulihan tenaga.·        pengurusan yang baik.·        Tapak pelupusan sampah. 

Beberapa contoh menghindari penjanaan sampah (waste generating) dapat dilakukan dengan menghilangkan pembungkus yang tidak perlu dan mengubah bentuk barang untuk menjimatkan bahan  dalam proses produksi. Bahan yang dapat dikurangi dalam proses produksi dapat memberikan kesan yang baik ke persekitaran, terutama kepada kitar hidup (life cycle). Pendekatan kepada persekitaran dalam proses penjanaan, meliputi:

·         pemilihan bahan.

·         meminimumkan penggunaan sumber .

·         bentuk dari sumber tenaga.

·         alat-alat pengolahan di kilang.    

·         persekitaran kerja yang baik.

·         pemilihan kawasan tapak pelupusan sampah.   

 

Oleh itu, dalam menangani jumlah sampah yang besar ini diperlukan pendekatan yang baik. Pihak kerajaan harus membuang suatu cara yang sesuai dengan isu pengurusan sampah dan pihak-pihak yang ada hubungan dalam penyelesaian masalah sampah ini. Selain itu, kepada masyarakat mesti ditanamkan rasa kesedaran bahawa sampah sarap juga mengandungi bahan-bahan yang boleh dipulih kembali dengan cara pengkomposan atau dengan cara kitar semula. Bahan-bahan yang ada di dalam sampah sarap boleh digunakan untuk menjana dan menyelesaikan masalah kuantiti sampah sarap yang memerlukan proses pelupusan.

 

6.      ETIKA
ALAM SEKITAR YANG BERHUBUNGAN
DENGAN MASALAH SAMPAH   SARAP
 

Etika alam sekitar ini sangat penting di dalam menjaga keharmonisan dan kelestarian alam sekitar ini. Setiap individu mestilah menghargai alam sekitar sebagai sebuah sumber yang cukup penting di dalam kehidupan ini. Begitu juga dengan etika alam sekitar yang berhubungan dengan sampah sarap. Sampah sarap terhasil dari segala aktiviti manusia, baik yang bersifat individu dan berkolompok. Apabila setiap orang yang menghasilkan sampah tidak memperdulikan cara pembuangan dan pengurusan yang baik, maka ianya dapat menjejaskan alam sekitar yang akhirnya dapat menurunkan kualiti hidup manusia.

            Keberadaan sampah sarap di dalam kehidupan manusia tidak pernah berhenti. Masyarakat mahupun pihak kerajaan cukup berat dan susah dalam mengurusnya walaupun telah banyak kempen-kempen ataupun program-program dijalankan. Kesedaran yang masih rendah serta kemudahan-kemudahan yang belum mencukupi adalah salah satu kesan daripada tercicirnya sampah atau sisa dari pada tapak pelupusan dan dari loji rawatan air sisa yang pada akhirnya kawasan kosong, longkang dan sungai dijadikan tempat pembuangan sampah atau sisa tersebut. 

            Banyaknya sampah yang terjana dikeranakan oleh beberapa faktor seperti budaya, agama, undang-undang yang terlibat dalam pengurusan sampah atau air sisa serta masih banyaknya cara hidup masyarakat yang masih bersifat konsumtif. Kurangnya perhatian masyarakat terhadap sampah menyebabkan masyarakat tidak merasa mempunyai keuntungan langsung dari usaha-usaha pengurangan jumlah sampah. Masyarakat juga tidak mengetahui kesan dari sampah terhadap alam sekitar dan juga keuntungannya apabila sampah diurus dengan baik.

 

            Kebanyakan komposisi merupakan jenis sampah yang boleh dikitar semula yang apabila diurus dengan baik akan mendatangkan hasil yang lumayan dan juga boleh mengurangkan pembuangan sampah ke tapak pelupusan sampah mahupun ke incinerator. Malangnya, masyarakat tidak ada keinginan untuk menjalankan proses kitar semula walaupun mereka telah mengasingkan antara sampah berupa sisa makanan dan sampah botol, plastik dan kaca.

 

            Pengurusan sampah sarap perlu ditingkatkan lagi walaupun menghadapi beberapa permasalahan kerana ianya bukan sahaja menjadi suatu tanggungjawab seseoarang atau kelompok, tetapi ianya menjadi tanggungjawab kita bersama yang bertujuan untuk mewujudkan kehidupan yang selesa kepada masyarakat dan juga untuk mewujudkan kualiti alam sekitar yang baik dan sihat. Mendidik dan membuat kempen-kempen meminimumkan penghasilan sampah dan kitar semula kepada masyarakat. Selain itu, pelaksanaan peraturan dan undang-undang hendaklah dijalankan dengan baik sebagai langkah untuk mencegah orang ramai membuang sampah secara bebas. 

7. 
KES PENCEMARAN
SAMPAH SARAP DI SUNGAI KLANG
 

Kes ini merupakan kes yang terjadi akibat pencemaran yang terjadi di sungai Klang akibat dari pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Oleh itu, dilakukanlah suatu program untuk menaikkan kualiti air
Sg. Klang daripada
Kelas IV ke
Kelas III, membebaskannya daripada kekotoran sampah sarap dan kelodak serta untuk mengindahkan beberapa bahagian
Sungai Kelang untuk tujuan rekreasi. Dalam usaha ini, satu
Pasukan Petugas, satu
Jawatankuasa Eksekutif dan sembilan jawatankuasa kerja telah ditubuhkan dengan ahli-ahli yang terdiri daripada semua Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Sejak itu pelbagai usaha dan aktiviti telah dijalankan supaya objektif-objektif dan sasaran program tercapai.
 

Walau bagaimanapun, keadaan
Sg. Klang ketika kini masih lagi belum mencapai tahap seperti mana yang disasarkan. Kualiti air
Sg. Klang masih tersenarai dalam kelompok sungai tercemar di
Malaysia. Kesemua anak sungai juga menunjukkan “trend” yang sama. Ini menggambarkan bahawa keseluruhan lembangan ini menyumbang kepada pencemaran
Sg. Klang. Kebimbangan utama adalah daripada sisa organik, pencemaran ammoniakal nitrogen, sisa terampai (suspended solids) dan juga sisa pepejal (solid waste).
 

Dari segi kualiti air keseluruhan
Sg. Klang, keadaan pada pertengahan tahun lepas memberi sedikit harapan kepada kita dengan peningkatan indek kualiti air sungai kepada Nilai Indeks 55. Kini, usaha perlu diteruskan agar Indeks ini boleh melepasi nilai 60, yang mana Sungai Klang boleh diklasifikasikan semula kepada
Kelas III (iaitu kategori sungai yang sedikit tercemar). Walaupun keadaan kualiti air telah meningkat sedikit, tetapi usaha perlu diteruskan supaya keadaan ini terus diperbaiki dan dapat dikekalkan.
 

Bagi mengatasi masalah sisa pepejal, lebih daripada 70 perangkap sampah telah dibina merintangi sungai dan parit-parit besar. Selain itu, 2 perangkap kelodak dan 3 tapak pungutan sampah telah dibina. Bagi membantu Pihak-pihak
Berkuasa Tempatan dalam masalah ini, sejumlah 3 buah jentolak dan 4 buah lori sampah dibeli. Pada tahun 1996, Kerajaan telah juga membeli dua buah pengutip sampah terapung (trash hunter) bagi memungut sampah di kawasan muara sungai. Pembekalan tong-tong sampah kepada pihak-pihak yang memerlukannya, termasuk penghuni-penghuni setinggan di sepanjang sungai, telah juga dilakukan.
 

Dari segi pencemaran sisa pepejal, sedikit sebanyak, usaha untuk mengawal sampah-sarap terapung di dalam sungai memang sedikit berhasil. Pada hari biasa,
Sg. Klang dan anak-anak sungainya boleh di katakan bebas daripada sampah sarap yang terapung. Keadaan ini terjadi hanya kerana kebanyakan sampah mampu disekat dengan adanya perangkap-perangkap sampah. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang bertanggungjawab terutama sekali kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan semua Pihak-pihak
Berkuasa Tempatan. Walaupun demikian, jumlah sampah sarap yang dikutip di semua lokasi perangkap sampah masih lagi tinggi, iaitu sekitar 50 tan sehari.
 

Jenis sampah yang dibawa keluar pula adalah pelbagai sehingga kedapatan barangan besar seperti tilam, peti ais, perabot, kereta, mayat dan sebagainya lagi. Masih terdapat banyak lagi kawasan tepi sungai yang dijadikan tempat pembuangan sampah secara haram. Sampah sarap yang dikutip diperangkap sampah bukan hanya yang dibawa arus sungai tetapi juga dari semua parit dan longkang di seluruh
Lembah Klang.
 

Program ini juga memberi tumpuan kepada penempatan semula ladang-ladang ternakan khinzir dan daripada 11 yang ada pada permulaan program, kini hanya tinggal 2 sahaja. Aktiviti pembersihan kolam pengolahan telah dijalankan dan usaha pemantauan berterusan dijalankan oleh
Jabatan Perkhidmatan Haiwan bagi memastikan perlepasan kumbahan dari ladang-ladang ini menetapi syarat-syarat yang ditetapkan. Dalam hal yang sama.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga memberi perhatian kepada kumbahan yang terhasil dari rumah-rumah sembelih memandangkan terdapatnya rungutan mengenainya.
 

Program
Pembersihan Sg Kelang pada mulanya telah diberi tanggungjawab untuk memindahkan 2,500 keluarga setinggan sepanjang sungai ke lokasi transit di rumah-rumah panjang. Akan tetapi dengan perubahan dasar Kerajaan, usaha-usaha baru ditumpukan untuk memindahkan mereka ke rumah-rumah kos rendah. Jumlah keluarga setinggan yang telah dipindahkan di bawah program ini setakat ini, berjumlah seramai 310 keluarga. 
 

Di sini, kita dapat lihat bahawa usaha menjadikan
Sungai Klang dan persekitarannya bersih dan indah bukanlah suatu tugas yang mudah. Penglibatan, kerjasama serta perkongsian tanggungjawab daripada semua pihak adalah amat penting sekali. Usaha ini bukan sahaja perlu ditanggung oleh jabatan dan agensi kerajaan sahaja, malahan pihak swasta, badan bukan kerajaan dan orang ramai perlu digembiling bersama kerana peranan mereka sama pentingnya.
 

8. 

About these ads

33 Tanggapan so far »

  1. 1

    zakheus berkata,

    saya sangat tertarik terhadaptulisanini karena penyajiannya cukup detail.
    Terima kasih banyak

  2. 2

    nurul berkata,

    ulasan yang mendalam dan dapat membantu para pelajar utk mencari maklumat mengenai masalah ini..

  3. 3

    aisyah berkata,

    Thanks,banyak bantu saya wat tesis:)

  4. 4

    mia berkata,

    Saya sangat tertarik terhadap ulasan yang mendalam ini..secara tidak langsung, ia dapat membantu saya untuk menyiapkan folio kajian geografi tentang pemeliharaan alam sekitar…
    terima kasih bebanyak..

  5. 5

    syarifmawahib berkata,

    terimakasih kerana tulisan ini dapat bermanfaat bagi smuanya…terytama bagi yang memerlukan..

  6. 6

    liza berkata,

    wahhh sungguh bagus hasil kerja anda ;) ini lebih membantu saya dalam membuat kajian tentang alam sekitar.

    defini bagi setiap point yg deberi semaunya mempunya fakta2 yang sahih tetapi boleh tak bagi saya rujukan(reference) dari citation anda itu?

    lisa – malaysia

  7. 7

    ejah berkata,

    thanks for your note n info..its really2 help me in teaching ‘pengurusan sisa pepejal’ in polytechnic sylibus..(as new teacher)…..

  8. 8

    syarifmawahib berkata,

    sekali lagi terima kasih bila tulisan ini dapat membantu semuanya…bila mau bertanya silakan hubungi email saya langsung syarifmawahib@gmail.com

  9. 9

    fai berkata,

    terima kasih atas tulisan yang akang bikin…
    dapat membantu saya dalam penulusan TA

  10. 10

    siti sara berkata,

    saya suka membaca esei anda, tetapi lagi bagus jika disertakan bibliografi supaya senang sekiranya hendak buat rujukan..

  11. 11

    syarifmawahib berkata,

    kepada siti sarah…bibliografi secara lengkap mungkin belum termasukkan dalam esei ini akan tetapi secara sekilas sudah ada dalam esei ini. sebenarnya buku-buku yang digunakan sebahagai rujukan sangat senang ditemukan dekat library. terima kasih.

  12. 12

    syarifmawahib berkata,

    mohon maaf untuk semua pembaca bloh ini bibliografi dari tulisan ini akan secepatnya disertakan. wasalam

  13. 13

    aya berkata,

    saya lagi nyusun tugas akhir, bisa jelaskan bagaimana sih proses transfer oksigen dan transfer masssa sampah yang terjadi di dalam perairan.

  14. 14

    jabs berkata,

    thak’s banyyak-banyak,dengan sumber dari pihak tuan dapatlah membantu saya mencari bahan untuk health sistem research saya.

  15. 15

    jabs berkata,

    klu dapat tuan sediakan juga cadangan-cadangan yang boleh membantu menangani masalah sampah.thank’s

  16. 16

    princess berkata,

    boleh bg pemulihan pencemaran air bumi pada pam dan rawat serta longkang

  17. 17

    nanad berkata,

    Terima Kasih.. Tulisan ini banyak membantu saya dalam saya untuk membuat tugasan tentang alam sekitar.

  18. 18

    ika berkata,

    Tahniah!!penuh dengan informasi penulisan ini. Banyak membantu saya dalam menambahkan pengetahuan tentang waste process and management.

  19. 19

    mizi berkata,

    salam..

    boleh saya tau bagaimana saudara mendapat sumber2 bekenaan.
    bermula dari akta 1974 sisa pepejal smpai kepada pelupusan sampah.
    kerjasama saudara amat saya hargai

  20. 20

    tunku puteri syarifah shuhada' tunku putra mahkota syed Adnan(nama palsu) berkata,

    thnkz a lot…ia membantu saya menyiapkan tugasan yang diberi lecturer (^_^)

  21. 21

    tunku puteri syarifah shuhada' tunku putra mahkota syed Adnan(nama palsu) berkata,

    thnkz a lot…ia membantu sy mnyiapkan tugasan yang diberi oleh lecturer. (^_^)

  22. 22

    norasma sulaiman berkata,

    sy skang blaja psal sustainable waste management ni,bnyk bende sy kene tahu…tp mslhnya sy x der satu sumber khas yg boleh jadi rujukan utk saya…any suggest laman web….

  23. 23

    vtecsabturbo berkata,

    Ok gak, tengah cari bahan untuk tesis terjumpa plak pasal penulisan ni. Thank u

  24. 24

    izati berkata,

    good job!!!btul-btul memuaskan saya,ingat dah tak dapat selesai masalah saya b`hubung alam sekitar ni,tp ternyata awak membantu kerja saya.thanks a lot…

  25. 25

    zully berkata,

    thnx u..
    it give me a lot of info..

  26. 26

    Lai Wan San berkata,

    Kata kamu sangat betul.

  27. 27

    Lim Yin Yu berkata,

    thank you….this essay help me a lot ~~

  28. 28

    amy berkata,

    tahniah kerana banyak memberikan artikel yg baik utk dijadikan panduan dlm membuat assignment. boleh x klu encik berikan info berkaitan dengan kempen anti kutu sampah yang telah dijalankan di negeri sabah khususnya di daerah tawau? keberkesanan kempen tersebut atau pendapat masyarakat mengenainya.TQ

  29. 29

    shaida berkata,

    Terima kasih atas penulisan tuan. Saya merupakan pelajar di Malaysia dan menemui penulisan. Penulisan tuan banyak membantu kajian saya terhadap sikap masyarakat terhadap pembuangan sampah sebagai sebahagian pengajian etika terhadap pembangunan.

  30. 30

    Disebalik Sampah yang Busuk dan Menjijikkan, tersembunyi HARTA yang tidak disangka – sangka!

  31. 31

    dejas@baby berkata,

    sy amat berpuas hati melihat hasil kerja ini…….bnyk rujukan yang sy cri ttpi tdk seelok ini….

  32. 32

    nanie_hani berkata,

    sy tidk pernah mmbca artikal speti ini… ia amat bgus

  33. 33

    CUTIE berkata,

    TERIMA KASIH KERANA INI TELAH MENOLONG SAYA UNTUK MENDAPAT ISI BAGI PROJEK SAYA. TQ


Comment RSS · TrackBack URI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.